Sakorn Sacheewa, 44 yang mati 7 bulan lalu ditemui berjalan pulang ke rumah seperti tiada apa apa yang berlaku dan mengejutkan ahli keluarganya.
Menurut Bangkok Post, abang kepada Sakorn, Charoes Lekdi berkata beliau terkejut melihat abangnya yang ternyata masih hidup.
Pada 18 Mei lalu, Sakorn ditemui mati di dalam rumah sewanya kerana mempunyai masalah usus dan ahli keluarganya dihubungi polis.
Namun ketika pengecaman mayat, ahli keluarganya melihat Sakorn sedikit berbeza dari wajah asal kerana mayat tersebut tidak mempunyai gigi hadapan.
Sakorn kini tinggal seperti biasa di rumahnya namun dianggap sebagai ‘roh’ oleh masyarakat sekeliling walaupun ia adalah Sakorn yang asli.
Baca juga: “Makan sekali terus nyawa melayang”- Wanita ini alami alahan teruk selepas makan donut peach viral