Menyeramkan! Ular sawa gergasi ini dirakam di Shah Alam

Tular di laman sosial seorang pengguna facebook berkongsi sebuah video yang memaparkan seekor ular sawa gergasi di Elmina.

Reptilia tersebut dirakam oleh penduduk setempat ketika ia sedang menjalar di satu kawasan berbukit.

Ia kemudian dikongsikan di laman Twitter pemilik akaun @yayaaazmi semalam.

Dalam ciapannya, beliau memberitahu rakaman tersebut dihantar di dalam kumpulan komuniti Denai Alam.

“Ular sawa/anaconda jumpa dekat area Elmina. Recorded by one of the residents (Dirakam oleh salah seorang penduduk) dan posted (dikongsikan) dalam group community Denai Alam”.

Rata-rata netizen berharap ular tersebut dapat ditangkap oleh pihak berkuasa kerana saiznya yang besar menjadikan reptilia itu berbahaya kepada orang awam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengesahkan tidak menerima laporan mengenai kejadian itu.

Baca juga : Mengejutkan! Lelaki ini tiba tiba balik ke rumahnya selepas dikebumikan 7 bulan lalu