Muka cantik tapi jadi pengawal keselamatan sahaja, wanita guna kecaman netizen sebagai pembakar semangat. Bukan untuk menjadi seorang pengawal keselamatan apatah lagi anda seorang wanita dan ibu tunggal.
Selalu berhadapan dengan penghinaan seperti berikut, Siti Nurulatiqah Nawawi menggunakan kecaman netizen sebagai pembakar semangat untuk terus berkhidmat sebagai pengawal keselamatan yang cemerlang lapor mStar.
Pulang ke pangkuan keluarga selepas bercerai
Ibu tunggal kepada empat cahaya mata itu mula bekerja sebagai pengawal keselamatan pada Januari 2021 selepas membuat keputusan untuk tinggal bersama ibu bapanya di Kuala Krai, Kelantan.
Dikatakan bercerai pada tahun 2020, wanita itu pernah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja tetapi kembali semula ke kampung halaman selepas beberapa bulan.
Atiqah berkongsi bahawa pernah ditawarkan kerja sebagai ‘cleaner’ tetapi menerima untuk menjadi pengawal keselamatan kerana tawaran gaji yang lebih baik.
Rupa tidak ada kena mengena dengan pilihan kerja
Mempunyai rupa paras yang jelita, ada sebahagian orang yang mempersoalkan pilihan kerjaya yang dipilih oleh wanita berkenaan.
Selain itu, ada juga yang membuat tanggapan bahawa Atiqah tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, dan ada segelintir yang memperlekeh kerjaya itu kerana dikatakan tidak mendatangkan hasil yang lumayan.
Walau bagaimanapun, rata-rata netizen menyokong pekerjaan yang dilakukan Atiqah kerana pekerjaan itu merupakan sesuatu yang halal dan mulia di sisi agama.
Baca Juga: Trend kahwin pasangan muda, wanita pilih lelaki dua dekad muda untuk dijadikan suami
Baca Juga: Kembalikan semula subsidi barang keperluan, makanan asasi rakyat