Trend kahwin pasangan muda, wanita pilih lelaki dua dekad muda untuk dijadikan suami

Trend kahwin pasangan muda, wanita pilih lelaki dua dekad muda untuk dijadikan suami. Sebelum ini tular mengenai pelajar kahwin guru sendiri, kini tampil seorang wanita yang berkongsi perbezaan hampir dua dekad antara dia dan suaminya.

Menerusi perkongsian pemilik TikTok dikenali sebagai Linda Lin486, wanita terbabit mendedahkan usianya 46 tahun manakala suami tersayang berusia 24 tahun.

Meskipun jarak umur lebih dua dekad, namun mereka sama sekali tidak kisah kerana apa yang penting adalah cinta dan kasih sayang. Difahamkan, mereka mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2022.

Kenal seminggu, terus buat keputusan kahwin

Apa yang lebih menarik perhatian, walaupun tempoh perkenalan mereka hanya seminggu, ianya sama sekali tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk meneruskan perhubungan tersebut sebelum sah bergelar suami isteri.

Bagaimanapun, wanita terbabit tidak menceritakan secara terperinci sejak bila cinta mereka mula berputik. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah yang dikongsi dan mendoakan pasangan ini berkekalan hingga ke jannah.

Diharapkan pasangan ini bahagia dan perkahwinan ini berkekalan.

Baca Juga: Beza umur 33 tahun bukan penghalang, anak murid nikahi guru sendiri

Baca Juga: Tular poster tetamu kena bayar RM50 kalau nak datang majlis, ustaz ini tegur hukumnya salah