Muka dah lain! Kecoh dakwaan Zahid buat pembedahan plastik di Korea, ini rupanya cerita sebenar

Rakyat Malaysia semalam terkejut melihat penampilan terkini wajah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr Zahid Hamidi di suatu majlis. “Lain sangat muka TPM kita!” Itulah kata-kata yang keluar dari rata-rata rakyat sehingga menuduh TPM membuat pembedahan plastik di Korea.

Seorang pemimpin UMNO hari ini menjelaskan keadaan sebenar mengenai ‘muka baru’ Presiden Umno, Dato Seri Dr Zahid Hamidi.

Berikut merupakan kenyataan dari facebook Rafi Awang:-

DALAM Majlis Persandingan anak saya,saya duduk sebelah YAB DS Zahid.

Saya pandang mukanya dan saya agak terkejut dgn perubahan wajahnya.

Ada kesan seperti kena laser dan saya tanya beliau,apa puncanya?

Dia lakukan pembedahan utk membuang selaput mata di kedua2 belah matanya bagi membuang selaput tersebut yg hampir menutup 70 % matanya dan jika selaput tersebut tidak dibuang,ada risiko lain yg akan berlaku pada mata beliau.

Dia tidak ada pilihan selain pembedahan pada matanya.

Dan kesan ubat masih belum hilang sepenuhnya.

Hari ini dia dimaki,dihina dan dicerca oleh pembenci beliau dan mcm2 gelaran dibagi.

Yeaa..sebab tak kena pada diri sendiri,sedap mulut kita hamun orang tanpa mahu tanya cerita sebenar.

Tunggulah bila kena pada diri sendiri,anak atau adik beradik.
Benci sungguh mrk ini pada Zahid.

baca juga: Jenazah lelaki didakwa hilang 10 bulan masih belum boleh dituntut