Muka macam kanak-kanak, lelaki 27 tahun anggap ia sumpahan. Lelaki dari Dongguan, China itu menganggap ia sumpahan kerana terlihat seperti kanak-kanak hingga menyukarkan proses untuk mencari perkerjaan.
Mao Sheng, 27, kelihatan seperti tidak dimamah usia hingga menyebabkan ramai yang bersetuju dia kelihatan kebudak-budakkan lapor Oddity Central.
Walapun ada yang menganggap ia rahmat, bagi Mao ia adalah sumpahan kerana menghalangnya dari mencari pekerjaan.
Disebabkan raut wajahnya itu juga, dia sukar untuk mencari teman wanita dan impiannya untuk memulakan keluarga agak tipis.
Majikan tolak permohonan kerja sebab muka dan umur tak selari
Kebanyakan majikan tidak percaya dia berumur seperti yang didakwanya, dan tidak mahu pihak berkuasa menuduh dia kanak-kanak kerana penampilannya yang muda.
Dia mendedahkan usianya dan mengadu tidak dapat mencari pekerjaan untuk menyara bapanya yang sedang pulih daripada strok.
Kisahnya menyentuh hati berjuta-juta orang di seluruh China, yang kebanyakannya menuduh majikan tidak memberinya peluang kerana wajahnya yang awet muda.
Ramai tawar pekerjaan selepas isunya menjadi tular
Mujur selepas dia menjadi terkenal dalam talian, ramai usahawan menghubungi dan menawarkan pekerjaan kepadanya.
Satu lagi video yang disiarkan di Tik Tok beberapa hari lalu mendedahkan Mao menerima salah satu tawaran pekerjaan. Dia berharap mendapat pendapatan yang mencukupi untuk membantu bapanya pulih.
Baca Juga: Lelaki bakar bekas isteri hidup-hidup hanya sebab tidak mahu rujuk
Baca Juga: DBP cakna isu semasa buat warganet terhibur siap berpantun perihal katak