Nafi sudah berkahwin kali kedua, Shuk mahu selesai masalah dahulu. Shuk nafi dirinya telah mengahwini wanita yang kerap dikaitkan dalam hubungan rumah tangganya sebelum ini, Fara Salleh.
Menurut Gempak, Shuk masih perlu menyelesaikan pelbagai urusan berkaitan keluarga dan hubungannya dengan isteri, Rosa Sera sebelum memikirkan soal lain.
“Belum, belum. Saya masih belum berkahwin. Kalau dah kahwin saya jemput. Benda baik.
“Pada saya, kalau nak buat apa-apa berkaitan perhubungan saya akan selesaikan satu-satu dahulu. Sedangkan hubungan saya dengan Sera pun tak tahu lagi ending macam mana.
“Saya tengah aturkan yang terbaik, bukan sahaja untuk kehidupan saya tapi untuk semua. Saya perlu fikirkan semua sudut, keluarga, anak-anak dan macam-macam lagi,”katanya.
Shuk mengaku dirinya penat kerana sering dikatakan play victim dan mahu orang ramai untuk doakan yang baik-baik untuk dirinya.
“Bila saya mengaku salah, ada orang cakap pula bangga betul saya buat salah. Saya pun dah tak tahu ayat mana satu betul untuk puaskan hati semua orang. Jadi, saya minta semua doakan yang terbaik untuk saya,” katanya.
Shuk buat masa ini mahu fokus kepada perniagaan dahulu dan kalau ada rezeki barulah berfikir untuk tambah isteri hingga cukup kuota.
“Setakat ini perancangan saya ke arah perniagaan. Saya nak kembangkan perniagaan dan kumpul duit betul-betul.
“Kalau dah kaya, tengoklah mana tahu jodoh lelaki boleh kahwin empat!” katanya.
Rumah tangga Shuk dan Rosa Sera kembali bergolak apabila usahawan wanita itu hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 18 Mac lalu dan tidak lagi berkongsi foto bersama-sama.
Status rumah tangga Shuk dan Sera masih menjadi tanda tanya ramai selepas dia memfailkan perceraian terhadap pelawak berkenaan November tahun lalu.
Keretakan rumah tangga pasangan tersebut berlaku selepas berkali-kali Shuk didakwa berlaku curang terhadap isterinya terutama dengan seorang wanita bernama Fara Salleh.
Baca Juga: Serra korbankan diri demi anak-anak
Baca Juga: AMANAH kecam serangan Israel di Al Aqsa, akan buat bantahan beramai-ramai di Kedutaan AS