Serra korbankan diri demi anak-anak

Serra korbankan diri demi anak-anak. Isteri Shuk meluahkan rasa yang terbuku di hati apabila sering dituduh meroyan dan tidak menerima takdir

“Selama ini orang cakap aku meroyan, tak move on, tak terima takdir. Tapi orang tak tahu aku buat semua untuk anak-anak. Aku cuma nak mereka dapat hak dan kasih sayang sepatutnya.

“Pengorbanan aku selama ini hanya seorang diri. Akulah bapa akulah ibu. Aku cuma harap kesedaran itu wujud buat dia,” itulah luahan rasa hati isteri pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih mesra disapa sebagai Serra.

Video luahan Sera yang berdurasi 14 saat itu dikongsikan menerusi laman Instagram. Melihat pada ruangan komen, ramai yang tersentuh dan sebak dengan luahan Sera dan memintanya supaya terus cekal dan tabah demi anak-anak.

Menurut Serra, selama ini ramai orang yang menuduhnya sebagai meroyan dan tidak boleh menerima takdir. Namun, apa yang ramai tidak tahu, dia selama ini berbuat demikian untuk kebahagiaan anak-anak.

Jelasnya, dia juga menganggap segala pengorbanan yang dilakukan hanya membabitkan satu pihak saja. Biarpun tidak menyatakan dengan jelas kepada siapa video berkenaan dibuat, namun ramai yang percaya dan yakin ia ditujukan kepada suaminya.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga Shuk dan isterinya Rossa Serra terus menjadi tanda-tanya selepas Sera mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.

Untuk makluman, Serra dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Baca Juga: Pembeli tertipu beli roti john hangit siap bungkus

Baca Juga: Pelajar bengang duit ePemula RM150 di ShopeePay jadi ‘hiasan’ tak boleh beli ‘online’