Nak ikut Cikgu Fadli bersara awal, ini syarat-syarat JPA perlu diikuti

Semua orang nak bersara awal sebagaimana yang ditunjukkan oleh Cikgu Fadli Salleh, namum ia perlu mengikuti syarat-syarat yang diletakkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Namun sedia maklum, berkerja dalam tempoh masa yang agak lama di tempat yang sama mungkin menyebabkan seseorang individu berada dalam persekitaran yang sama.

Terdapat juga golongan yang ingin menamatkan perkhidmatan lebih awal disebabkan faktor keluarga seperti berpindah ke luar negara, faktor pertukaran kerjaya seperti menjadi suri rumah sepenuh masa dan sebagainya.

Bagi golongan panjawat awam yang ingin bersara lebih awal dari tempoh ditetapkan, anda sebenarnya boleh buat permohonan persaraan pilihan.

Menurut laman sesawang JPA, Persaraan Pilihan terletak di bawah Seksyen 12 Akta 227/239.

Syarat-syarat untuk mohon persaraan pilihan

Pemohon perlu merupakan seorang anggota tetap yang telah disahkan dalam jawatan dan diberi taraf berpencen. Selain itu, pemohon mestilah berumur 40 tahun ke atas dan memiliki tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun.

Ganjaran dan wang gantian cuti rehat khas akan dibayar pada tarikh persaraan pemohon, tidak mengira tarikh lantikan.

Bagi penjawat awam yang dilantik sebelum 12 April 1991, wang pencen akan dibayar pada umur 45 tahun bagi anggota perempuan.

Anggota lelaki pula akan mula mendapat bayaran pencen ketika berusia 50 tahun. Perkara ini termaktub bagi semua jenis penjawat awam kecuali:

  1. Pegawai Perkhidmatan Bomba (Gred KB11/KB10)
  2. Pegawai Polis (dari Gred Y14 hingga Y7) atau
  3. Pegawai Penjara (dari Gred KX12 hingga KX6)
  4. Jururawat Hospital Mental

Manakala, penjawat awam yang dilantik selepas 12 April 1991, pencen akan mula dibayar apabila pemohon mencapai umur 55 tahun bagi pegawai lelaki dan perempuan.

Untuk makluman, permohonan persaraan pilihan perlu mendapat sokongan dari Ketua Jabatan dan dikemukakan tiga bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan.

Selain itu, pemohon juga perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah bagi penjawat awam Gred 27 dan ke atas sahaja.

Baca juga: McDonald’s dan Starbucks akui konflik Israel-Hamas punca saham menjunam