‘Nasihat anak sendiri dulu baru tenteram hidup menantu’. Sering kali kita dengar bagaimana rumah tangga yang dahulunya aman bahagia tiba-tiba saling berantakan dan tak lagi sehaluan. Semuanya kerana apa? Tidak dinafikan ada yang berpunca dari diri sendiri, dan juga pihak mentua kedua-dua pasangan.
Begitulah seperti yang dikongsikan pengguna Facebook, Firdaus Shakirin, supaya tidak sesekali merasa ego jika anak sendiri yang buat salah. Sentiasalah menasihati mereka.
Yang membuatkan porak-peranda hidup menantu ialah apabila mertua tidak mahu menasihati anak sendiri, sebaliknya menyalahkan menantu seolah-olah menantu yang buat anak dia jadi macam tu.
Berapa ramai mertua di Zimbabwe ini mampu menerima sekiranya menantu mengadu kesalahan atau salah laku anaknya sendiri? Bukan budaya masyarakat di Zimbabwe ini untuk take it as a good input, good feedback and will advise in a good manner.
Tak jadi la mcm tu.
“Mengadu tentang anak dia, ko la kena…”
Tak ramai mertua memainkan peranan menasihati. Ada yang lebih gemar dan suka memainkan peranan menghasuti.
Hasut anak sendiri untuk tak bagi muka pada menantu. Hasut anak sendiri untuk tak layan baik sangat menantu tu. Hasut anak sendiri untuk tak dengar cakap menantu. Pelik sungguh kejadian ini.
Nanti, kita yang muda-muda ni akan dapat menantu jugak. Tolong persiapkan anak kita sendiri tentang bagaimana untuk jadi seorang suami, seorang isteri yang baik.
Andai kata pasangan mereka mengadu sesuatu tentang mereka pada kita, jangan sesekali rasa tercalar ego, maruah dan harga diri kita sebagai seorang orang tua dan ibu bapa.
Yang cetek agama saja yang akan rasa mcm tu. Yang baik kefahaman agamanya, dia akan menasihati dan menegur anaknya dahulu.
Wallahualam.
Kredit: https://www.facebook.com/firdausshakirin.25/posts/4690693937726106
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong dengan hantaran ini. Malah ada juga yang berkongsi cerita, meluahkan perasaan dan bersyukur dengan nikmat diberikan mertua yang sangat memahami. Tidak menangkan anak sendiri
Baca juga: https://malaysiadateline.com/mahu-nampak-profesional-remaja-ini-guna-seluar-hitam-dijadikan-blazer/