Natasha Hudson kahwin kali kelima, minta doa agar hubungan kali ini berkekalan

Natasha Hudson kahwin kali kelima, minta doa agar hubungan kali ini berkekalan. Natasha telah selamat bergelar isteri di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi dengan mas kahwin RM300.

Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson memilih jejaka yang berusia lebih muda dikenali sebagai Jay Jasmin atau nama sebenarnya Muhammad Harits Jasmin.

“Saya dah lalui beberapa pengalaman hidup yang mengajar betapa pentingnya untuk mengenali diri sendiri dan pasangan dalam membina hidup bersama. Jay seorang yang sangat menakjubkan sejak hati pertama saya jumpa dia. Dia sangat memahami dan kami berkongsi banyak persamaan. Saya rasa sangat bahagia dengan penerimaan keluaraganya.

“Dalam hidup ini tak ada sesiapa yang nak lalui apa yang saya dah lalui. Saya yakin dia adalah yang terbaik untuk saya. Seseorang yang hadir dalam hidup dan saya berdoa kepada Allah agar kami kuat untuk bersama sampai bila-bila.

“Untuk kali ini saya minta semua orang mendoakan kesejahteraan rumah tangga dan kebahagiaan hati kami berdua dalam melayari bahtera kehidupan ini bersama. Doakanlah Allah bantu bimbing dan memberkati perjalanan perhubungan kami ini,” katanya.

Mengenai cahaya mata, Natasha dan suami berserah kepada tuhan dan tidak menolak jika ada rezeki.

Terdahulu, Natasha pernah berkahwin kali pertama dengan Mohd Faiz pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan.

Kemudiannya kali kedua pula, Natasha dikurniakan seorang cahaya mata perempuan hasil perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007, namun hanya bertahan dua tahun sahaja.

Perkahwinan kali ketiga, Natasha bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza selepas mendirikan rumah tangga pada April 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Selepas itu, Natasha berkahwin buat kali keempat dengan Noor Nashriq dimana ia mampu bertahan selama setahun sebelum bercerai pada Oktober 2019.

 

Baca Juga: BKM dah mula disalur secara berperingkat bermula semalam, berikut cara semak status kelulusan

Baca Juga: Benarkah PNB sudah ‘bailout’ Sapura Energy?