Neelofa bakal kembali mengacara, ini respon PU Riz

Neelofa bakal kembali mengacara, ini respon PU Riz. Baru-baru ini timbul khabar angin mengenai ‘comeback‘ model berkenaan dalam industri hiburan.

Memetik Harian Metro, Haris Ismail telah memberi kebenaran kepada isterinya untuk kembali berkecimpung dalam dunia pengacaraan selepas sebulat suara berbincang tentang hal tersebut.

Tambahnya, ruang diberikan kepada Neelofa untuk berkarya dalam bidang diminati namun perlu berhati-hati menjaga imej Islamik yang dibawa.

Neelofa, 33, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, keutamaan kini adalah menjaga, mengurus dan membesarkan anaknya, Muhammad Bilal, hasil perkongsian hidup bersama suami, Ustaz Muhammad Harris Mohd Ismail.

“Lakonan, tak rasanya.” kata Neelofa.

Dia pada masa sama juga mahu terus memberikan komitmen terhadap rangkaian perniagaan yang diusahakan.

“Kerjaya seni, selepas berbincang dengan suami, saya mungkin akan keluar dengan program bual bicara tidak lama lagi, tapi masih dalam proses perbincangan. Nanti saya akan kongsikan, tak lama lagi. Insya-Allah lepas raya akan dimaklumkan.

“Cuma, fokus lebih pada bisnes dan keutamaan kami lebih pada Bilal. Saya pun tak nak tinggal dia lama-lama dengan pembantu kan. Saya nak jalankan rutin sebagai ibu itu lebih daripada lain. Kalau bisnes pun mudah, sebab boleh buat dari rumah.

“Jarang pun pergi mesyuarat atau buat penggambaran. Sama juga macam program dalam industri pun, tak memakan masa banyak,” kata bekas hos program MeleTOP.

Sementara itu, PU Riz, 27, mengaku sudah berbincang secara terperinci mengenai soal keterbatasan Neelofa dalam kerjaya seni .

“Alhamdulillah kita sudah berdiskusi perkara ini begitu terperinci setiap perkara dengan imej agama dibawa kena banyak berhati-hati dan sebagainya.

“Lofa alhamdulillah boleh ikut. Banyak pun dia ikut, pakaian pun dia taat pada perintah Allah SWT. Jadi kita bagi dia ruang berkarya dalam perkara yang dia sudah biasa buat.

“Soal lakonan, kita tak kata, tak nak terlibat langsung. Tapi itu bukan keutamaan sebab sekarang buat bisnes. Masa tu tak ada. Lebih pada nak fikir bisnes, ada produk baru nak lancar,” katanya.

Baca Juga: Elyana makin sembuh, selera makan kembali pulih

Baca Juga: PAC bentang laporan isu MySejahtera di Dewan Rakyat Julai ini