Netizen bidas jualan kuih raya berbentuk jari hantu- “Nak makan pun kembang tekak”

Baru-baru ini, pelbagai koleksi biskut raya yang unik telah menjadi pilihan peniaga untuk dijual sempena Aidilfitri.

Dalam video yang dikongsi di laman TikTok oleh @fykaascha, seorang pencipta konten terkenal dengan kandungan seram, terdapat biskut raya yang menarik perhatian ramai kerana menyerupai jari hantu.

Kuih yang diberi nama jari hantu bengkak itu jelas kelihatan seperti jari manusia yang seram, terutama apabila dibandingkan bentuknya sebelum dan selepas dibakar membuatkannya lebih menyeramkan.

@fykaa_kaka

Biskut Raya tahun ni.. Jari Hantu Membengkak.. 🤤🤤🤤🤤🤤 #foryou #raya2024

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Berdasarkan rakaman itu, individu tersebut menggunakan kacang almond sebagai salah satu bahan penting untuk memberikan kesan seperti kuku jari, sementara barangkali menggunakan jam strawberi atau ceri untuk mencipta ilusi darah yang berlumuran pada bingkai jari hantu tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial geli dan seram untuk makan kuih jenis seperti itu.

“Macam-macam kuih raya tahun ni, takut pula nak makan,” komen @ali.

“Kalau tunjuk kat mak saya mesti kembang tekak, tak nak makant erus,” komen @fadiin.

“Janganlah buat biskut macam itu, nak sentuh pun takut,” komen @julie.

Sehingga kini, video itu mendapat 1 juta tontonan, 28,000 tanda suka dan 21,000 perkongsian.

Baca juga: Netizen bandingkan layanan Ibu Aliff Aziz dan Datin Patima Ismail pada menantu, tak sangka ini respon tuan badan