Baru-baru ini tular di laman sosial facebook berkenaan sesetengah hotel serta inap desa menetapkan waktu daftar masuk ke premis mereka semakin lewat iaitu hingga 4 petang.
Ia menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak yang mendakwa tempoh penginapan tersebut sangat singkat.
Ada yang mengatakan bukan sahaja hotel yang menetapkan seperti itu, malah beberapa inap desa turut bertindak sedemikian.
Lebih malang lagi, ada pelanggan dikenakan caj tambahan jika terlewat daftar keluar walaupun lewat kemasukan akibat menunggu ketersediaan bilik.
Tidak kurang juga netizen yang mendakwa hotel di negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand yang sangat bermurah hati memberikan daftar masuk seawal mungkin.
Seorang pengguna Facebook, Fifi Clio berkata, dia sampai di hotel pada jam 4 petang namun terpaksa menunggu lagi 15 minit kerana bilik masih belum tersedia.
“Empat jam pun tak cukup lagi nak kemaskan bilik. Rasa tak adil betul, sudahlah masuk lambat, keluar mesti tepat waktu!” katanya.
“Kalau macam ini lagi ramai masuk Thailand, sana ada hotel pagi-pagi kita sampai dah boleh daftar masuk kalau tak ada orang,” ujar Majid Muhamad.
Baca juga: Terkejut bila tahu kumpulan Raihan, Rabbani dan Hijjaz rupanya dari Al-Arqam