Netizen di laman sosial Facebook meluahkan ketidakpuasan hati mereka apabila seorang penyanyi iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dilantik sebagai pakar di sebuah universiti terkemuka.
Ia menimbulkan kecaman kerana penyanyi no satu Malaysia itu tidak mencapai kualiti pendidikan yang setaraf dengan gelaran itu.
“Penyanyi terkenal yang berstatus, yang ada gelar, yang ada pangkat senang-senang saja dilantik jadi pakar pendidikan, walhal yang dilantik tu SPM pun mangkor”
“Apa pendidikan tinggi yang dia ada untuk jadi pakar pendidikan sedang dia sendiri pun tak berpendidikan?”
Beberapa pengguna media sosial turut meluahkan gelaran tersebut seolah-olah merendahkan taraf Universiti Malaya yang sememangnya sangat gah di mata dunia.
Bagi seorang pengguna, Khairunnisa Abdul Karim mempertahankan pelantikan berkenaan walaupun Siti Nurhaliza hanya mempunyai SPM namun ada pengalaman yang banyak dalam industri.
“Masterclass banyak diajar oleh “pakar” dalam industri. Ada penulis (bukan ada ijazah penulisan), ada pengarah filem (tanpa ijazah perfileman), ada penceramah motivasi (tak ada ijazah psikologi pun).
“DS Siti dijemput untuk ajar seni vokal bukan ajar teknologi rakaman audio.
Individu itu turut menekankan gelaran tersebut diberikan oleh Pusat Pendidikan Berterusan UM atau nama singkatannya, UMCCed iaitu di bawah Universiti Malaya.
UMCCed turut menawarkan program pendidikan dan latihan untuk individu sejak tahun 1998.
Baca juga: “Dekat dengan Fatin, selesa?” – Influencer muslimah tampil selepas dijadikan bahan jenaka lelaki