Ngeri! Puluhan larva lalat dikeluarkan daripada mata manusia

Ngeri! Puluhan larva lalat dikeluarkan daripada mata. Seorang doktor  terpaksa menggunakan forsep untuk mengeluarkan secara fizikal puluhan larva lalat dari mata seorang lelaki.

Memetik laporan portal Metro UK pesakit berusia 53 tahun itu dimasukkan ke hospital di Perancis, mengadu mata kanan gatal yang berterusan selama beberapa jam.

Menurut laporan Jurnal Perubatan New England, lelaki berkenaan memberitahu doktor dia berkebun berhampiran ladang kuda dan biri-biri pada sebelah pagi hari berkenaan, apabila dia merasakan sesuatu memasuki matanya.

Pemeriksaan lanjut menunjukkan puluhan larva bergerak dan kelihatan lut sinar menggeliat di kornea matanya.

Mereka juga menemui dalam konjunktiva, selaput yang melapisi kelopak mata dan bahagian putih mata.

Doktor mengenal pasti makhluk itu sebagai larva Oestrus Ovis juga dikenali sebagai lalat bot biri-biri.

Lalat ini boleh menyebabkan serangan parasit di seluruh dunia dan ramalan terbaik ialah salah satu daripada lalat berkenaan terbang ke mata lelaki itu dan menyimpan larvanya di situ.

Baca Juga: Jumpa ulat kecil masih hidup dalam nasi kerabu, pembeli luah rasa kecewa

Baca Juga: Jangan salah faham, meatball tak tersenarai dalam IKEA Buffet, ini senarai menu yang anda boleh lihat