Niat hanya mahu berehat sekejap tetapi akhirnya rehat selamanya, lelaki rentung dalam kebakaran selepas gagal selamatkan diri

Niat hanya mahu berehat sekejap tetapi akhirnya rehat selamanya, lelaki rentung dalam kebakaran selepas gagal selamatkan diri. Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun ditemukan rentung berhampiran pintu di bahagian belakang sebuah rumah

Kejadian tersebut berlaku di Jalan Sukun, Kampung Kanchong Darat di sini, hari ini.

Menurut Harian Metro, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, berdasarkan keadaan mayat mangsa ketika ditemukan, pihaknya percaya dia cuba untuk menyelamatkan diri.

Cuba selamatkan diri tapi tidak berjaya

“Bomba tiba di lokasi jam 8.34 malam sebaik menerima panggilan pada 8.17 malam dan mendapati sebuah rumah kelas C (rumah papan) terbakar 80 peratus.

“Bomba berjaya mengawal kebakaran pada 8.43 malam, bagaimanapun kita menerima maklumat dari isteri pemilik rumah, suaminya berada di rumah sejak petang tadi.

“Selepas membuat pencarian, bomba menemukan satu mayat lelaki rentung di bahagian belakang rumah iaitu berhampiran pintu untuk keluar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hafisham berkata, menurut isteri mangsa, rumah berkenaan adalah rumah persinggahan mereka.

“Rumah berkenaan rumah singgah untuk berkebun sahaja. Suaminya memaklumkan mahu berehat sekejap sebelum pulang ke rumah,” katanya.

Baca Juga: Pengantin baru pilih kahwin di rumah mayat, sempat urus mayat gelandangan sebelum pulang ke rumah

Baca Juga: Gigih naik tingkat 7 hantar makanan, netizen terhibur abang Grab pasrah diminta buangkan sampah