Pengantin baru pilih kahwin di rumah mayat, sempat urus mayat gelandangan sebelum pulang ke rumah

  • Post author:

Pengantin baru pilih kahwin di rumah mayat, sempat urus mayat gelandangan sebelum pulang ke rumah. Pasangan tersebut memilih untuk berkahwin di tempat mereka dua bertemu dan mencari rezeki.

Sepasang pengantin baru di Myanmar tular di media sosial kerana sanggup menguruskan mayat seorang gelandangan semasa dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan mereka.

Menurur laman berita Wolipop, psangan Maung Zin Phyo Aung dan isterinya, Ma Htet Htet Htwe baru sahaja pulang dari melangsungkan perkahwinan di sebuah rumah mayat di Yangon.

Mereka memilih berkahwin di lokasi yang agak pelik itu kerana masing-masing merupakan pekerja di rumah mayat berkenaan. Pasangan itu jatuh cinta ketika bekerja bersama.

Maung merupakan seorang pegawai rumah mayat, manakala Ma pula ialah pekerja pembersihan di situ.

“Saya tidak menganggap penemuan mayat semasa masih memakai busana perkahwinan sebagai petanda yang baik atau sebaliknya.

“Kami hanya melakukan tugas kami sebagai pekerja rumah mayat dan kami berbangga dengan pekerjaan kami,” kata Ma.

Ma dan Maung turut membantu pekerja rumah mayat menguruskan mayat lelaki tua yang ditemui itu sebelum kembali meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. – Agensi

Baca Juga: Pengusaha kedai kopi buat tak endah, tak layan pelanggan yang memanggilnya ‘makcik’

Baca Juga: Tutup kedai selepas 29 tahun berniaga gara-gara gagal tampung kos bahan mentah yang menggila