Nilai ringgit makin kukuh, ramai persoal harga ayam pula tak turun-turun

Nilai ringgit yang semakin mengukuh di mata dunia memperlihatkan ekonomi negara semakin berkembang naik di bawah pemerintahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Namun semakin meningkat ekonomi negara, rakyat semakin mahukan harga barangan dan juga makanan yang kini dalam harga yang agak mahal supaya diturunkan.

Itu dapat dilihat di laman sosial facebook di mana ramai mempersoalkan harga ayam yang kini berharga RM9 untuk sekilogram ayam mentah.

Namun, bagi presiden FLFAM, Dr Terry Tan berkata meskipun harga makanan ternakan menurun namun isu penurunan harga ayam mentah tidak dapat diturunkan serta merta.

Kos pengeluaran ayam telah berkurang kepada RM6.30/kg pada suku kedua 2024, namun harga pasaran ayam hidup masih sekitar RM9/kg.

Di Asia Tenggara, Malaysia mencatatkan purata tertinggi penggunaan ayam sebanyak 50.2kg per orang setahun.

Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya menyatakan mereka mahu harga barangan mentah dan barang makanan diturunkan ketika matawang negara berada di tahap tertinggi.

“Ayam… ikan.. sayur…. daging…beras. & sgala kperluan asas patut turun dgn pngukuhan ringgit,…”- Habs.

“Nk dengar apa kata pengusaha2 dan peniaga2 ayam di seluruh malaysia..”- Camaro Ackhmal.

Baca juga: Hanya hobi suka suka, lelaki bergelar jutawan selepas temui emas 4.6 kg bernilai RM1 juta