Padah bedah hidung sendiri guna tutorial Youtube, lelaki dikejarkan ke hospital

  • Post author:

Padah bedah hidung sendiri guna tutorial yang dipelajari di Youtube, seorang lelaki di Brazil dikejarkan ke unit kecemasan hospital selepas alami jangkitan kuman.

Difahamkan, lelaki berkenaan terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Campo Limpo pada minggu lalu kerana mengalami jangkitan kuman selepas dia cuba melakukan rhinoplasty surgery pada dirinya.

Belajar buat pembedahan sendiri tanpa jumpa doktor pakar

Lelaki terbabit juga menemui pelbagai jenis pembedahan yang boleh dilakukan sendiri tanpa berjumpa dengan doktor pakar termasuklah cara untuk membedah hidung sendiri.

Dalam pada itu, individu berkenaan turut memberitahu doktor bahawa dia tidak menggunakan sarung tangan ketika melakukan prosedur. Lebih mengejutkan lagi apabila tidak membersihkan luka dan tidak membuka jahitannya.

Guna ubat bius dan gam kuat untuk luka jahitan

Lelaki tersebut memaklumkan dia menggunakan alkohol untuk membasmi kuman di kawasan pembedahannya itu serta ubat bius untuk menghilangkan rasa sakit lapor Oddity Central.

Setelah selesai ‘membedah’ dirinya, dia kemudiannya menggunakan benang yang boleh menyerap sendiri dan gam kuat untuk menutup luka jahitannya.

Susulan daripada kejadian itu, doktor pakar telah memberi amaran bahawa prosedur pembedahan seperti itu bukan sahaja boleh menyebabkan kesan yang bertentangan dengan yang diingini, namun ia juga boleh membawa maut.

Persatuan Pembedahan Plastik Brazil (SBCP) turut mengeluarkan kenyataan amaran berhubung kejadian berkenaan di laman wab rasmi dengan menjelaskan bahawa rhinoplasty surgery perlu pengkhususan serta kelayakan untuk dilakukan prosedur seperti itu.

Walapun nampak seperti kes yang jarang berlaku, ia sebenarnya sudah sering terjadi.

Malah, pada tahun 2016, seorang jurutera Inggeris dilaporkan turut melakukan perkara yang sama hanya kerana senarai nama orang yang menunggu pembedahan terlalu lama.

Baca Juga: Padah jual 18kg ayam curi, dua lelaki warga Myanmar ditahan

Baca Juga: Bilik sewa pakej ‘praktikal’ alam barzakh, rupanya boleh lapor pada PBT