Padah jual 18kg ayam curi, dua lelaki warga Myanmar ditahan

Padah jual 18kg dada ayam yang dicuri dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Pandan Cahaya, Kuala Lmpur, dua lelaki warga Myanmar ditahan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, sebelum itu polis menerima laporan daripada peniaga kedai berkenaan yang mendakwa ayam segar dihantar pembekal hilang disyaki dicuri lapor Harian Metro.

Kejadian yang dikatakan berlaku pada Jun itu membabitkan seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendapati ada satu plastik berisi 18 kilogram ayam bahagian dada sehingga menyebabkan dia mengambil langkah untuk mencuri.

Kos anggaran kerugian yang ditanggung kedai terbabit akibat kehilangan 18kg ayam itu adalah RM350.

Suspek juga terlibat dalam kes kehilangan kereta

“Bertindak atas laporan, polis yang menjalankan siasatan berjaya menahan dua lelaki warga asing berusia 26 dan 42 tahun di Taman Cahaya, pada 10.15 malam kelmarin.

“Polis turut merampas beberapa barang kes dan sebuah kereta Proton Saga yang dilaporkan hilang di Taman Cempaka. Kenderaan curi itu juga dipercayai digunakan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohamad Farouk berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Suspek satu jual ayam curi dekat suspek dua

“Hasil soal siasat, suspek pertama yang tidak bekerja menjual ayam dicuri kepada suspek kedua,” katanya dengan penahanan suspek itu polis berjaya menyelesaikan tiga kes curi ayam proses di sekitar Ampang.

Katanya, kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 1 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 dan 379A Kanun Keseksaan.

Baca Juga: Tiga suspek samun kedai serbaneka dan hotel bajet guna tukul ditahan

Baca Juga: ‘Elok sangat polis, SPRM siasat sesiapa yang berpengaruh dulu sebab Pak Mail fokus Keluarga Malaysia’