Tiga suspek samun kedai serbaneka dan hotel bajet guna tukul ditahan

Tiga suspek samun kedai serbaneka dan hotel bajet guna tukul ditahan. Polis berjaya selesaikan dua kes samun di kawasan Taman Scientex, Pasir Gudang dalam tempoh 24 jam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya berjaya memberkas tiga lelaki berusia 21 hingga 27 tahun di dua lokasi berasingan di kawasan sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang lapor Kosmo.

Kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 1.25 pagi dimana tiga suspek bertindak melakukan samun di kedai serbaneka

“Suspek terdiri daripada tiga orang lelaki warga tempatan bersenjata tukul telah merampas wang tunai di meja kaunter serta telefon bimbit milik mangsa.

“Aduan telah dibuat oleh mangsa iaitu remaja perempuan tempatan berusia 18 tahun yang merupakan pekerja di kedai serbaneka itu.

“Suspek seterusnya melakukan samun di sebuah hotel bajet di kawasan yang sama pada pukul 2.45 pagi. Mereka telah merampas beg milik mangsa yang mengandungi dokumen-dokumen peribadi milik mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, pihaknya telah menerima aduan mengenai kejadian itu daripada pekerja hotel lelaki tersebut yang berusia 21 tahun.

Katanya, hasil maklumat yang diperoleh, kesemua suspek berjaya dicekup sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah daerah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Kontinjen Johor antara 4 hingga 5.30 petang.

Baca Juga: Padah tendang muka isteri akibat cemburu, lelaki bakal berdepan penjara 2 tahun

Baca Juga: Baru tanya harga tapi peniaga dah bungkus, aksi Ryan Bakery ini sekali lagi hiburkan netizen