Padah seorang wanita tanpa seutas benang cepat-cepat keluar dari kereta teman lelakinya selepas eksiden pada Jumaat lalu.
“Iya, tiada baju dan seluar. Bahkan sarung kain pelekat saya juga mahu diambil untuk menutup tubuhnya sewaktu masuk ke hospital..” kata saksi kejadian.
Kemalangan tersebut berlaku di Jambi, Pulau Sumatera, sekitar jam 9:00 malam waktu tempatan di mana kereta yang terlibat dengan kemalangan itu dipandu laju sehingga hilang kawalan sebelum terlanggar tiang papan iklan dan sebuah kenderaan lain.
Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, dia mengatakan bahawa seorang penumpang wanita tanpa seutas benang keluar dari kenderaannya dan menuju ke hospital selepas kemalangan itu berlaku.
Ketua Polis Jambi, Eko Wahyudi menjelaskan bahawa kereta tersebut dipandu oleh seorang pelajar sekolah dan penumpangnya merupakan kekasih si pemandu.
Lebih mengejutkan, kedua-dua mereka baru sahaja berusia 16 tahun. Namun, hasil ujian air kencing yang dijalankan menunjukkan pasangan kekasih itu negatif dadah serta tidak berada di bawah pengaruh alkohol.
Kedua-dua mereka menerima rawatan di hospital berdekatan kerana pelajar lelaki mengalami luka manakala teman wanitanya patah kaki.
Menurut kenyataan yang dibuat oleh remaja lelaki itu, dia mengakui bahawa mereka berdua sedang ‘bermesraan’ di dalam kereta sebelum tertekan pedal minyak sehingga berlaku kemalangan.
Diharapkan perkara ini menjadi tauladan kepada semua. Jauhilah perkara yang dilarang kerana ia memudaratkan. Kepada ibu bapa, pantau lah anak-anak anda bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku.
Baca juga: Katerer tak muncul, duit habis RM13,000 akhirnya saudara mara dikerah ‘setup’ dewan serta makanan