Pakai songkok tinggi sangat, netizen seloroh kata mungkin imam

  • Post author:

Pakai songkok tinggi sangat, netizen seloroh kata mungkin imam. Memakai songkok ke surau atau masjid untuk solat jemaah itu sudah biasa namun lelaki ini mengejutkan para jemaah lain apabila memakai songkok yang terlalu tinggi hingga menyebabkan perhatian tertumpu kepadanya.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan seorang lelaki usia warga emas yang memakai songkok terlalu tinggi di sebuah masjid, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @ngakaksehat menarik perhatian ramai. Menerusi rakaman tersebut, lelaki warga emas itu kelihatan berjalan memasuki sebuah masjid.

Penampilan lelaki berbaju putih dan berkain pelikat itu kelihatan sangat berbeza apabila dia dilihat memakai songkok yang sangat tinggi di kepalanya.

Lelaki itu berjalan dengan santai dengan menundukkan kepalanya sedikit. Dia kemudian mendekati jemaah lain yang duduk di barisan belakang lalu bersalam dengan mereka.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Macam mana nak rukuk ya,” kata seorang netizen.

“Mungkin dia jadi imam,” komen netizen lain. – Agensi

Baca Juga: Budak lelaki dihempas guru agama sehingga patah kaki, hanya sebab lambat ambil Al-Quran

Baca Juga: ‘Ingatkan dah kaya sangat sampai hina agama’, netizen kecam pasangan kontroversi mohon sumbangan bayar ikat jamin RM40,000