Panduan memilih tepung beras, jangan keliru ada 4 jenis tepung beras

Tepung beras adalah sejenis tepung yang menggunakan bahan utama iaitu beras untuk pembuatannya. Beras ini akan melalui proses digiling sehingga halus dan kemudian ditapis atau diayak sehingga halus dan bersih.

Bukan satu, bukan juga dua tetapi ada 4 jenis tepung beras di pasaran sekarang ini. Apakah jenis tepung tersebut dan kegunaannya?

Kami akan kongsikan kepada anda jenis tepung beras dan kegunaannya untuk dijadikan panduan sebelum membeli dan memasak.

1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Sesuai untuk menggoreng. Contohnya nak buat adunan untuk goreng pisang atau cempedak. Dan adunan gorengan ikan. Seperti ayam goreng mamak dan goreng berempah.

2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
•Sesuai untuk kuih² tradisional seperti kuih koci, kuih apam beras eno, dan pelbagai jenis kuih lain.

3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
Sesuai untuk membuat laksa, koey teow homemade dan pelbagai jenis mee.

4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Sesuai membuat rempeyek dan apam

Baca juga: Syarikat Singapura tawar gaji RM17,666 untuk pemandu bas, 450 warga tempatan selebihnya dari Malaysia