Patung pocong jadi pilihan walaupun harga cecah RM140

Patung pocong jadi pilihan walaupun harga cecah RM140. Patung tersebut dijual di platform beli-belah dalam talian dianggap sebagai alat permainan yang boleh mengganggu perkembangan minda dan kerohanian kanak-kanak.

Sebuah platform beli-belah dalam talian didapati menawarkan patung pocong dengan harga RM140. Patung pocong buatan Indonesia itu menjadi perbualan pengguna media sosial termasuk penduduk tempatan.

Seorang suri rumah, Azlina Othman, 35, berkata, ibu bapa tidak seharusnya terjebak dengan membeli patung pocong yang tular di laman sosial Facebook (FB).

Menurutnya, sebaliknya terdapat lebih banyak pilihan alat permainan lain yang sesuai dan boleh menyeronokkan kanak-kanak mengikut kesesuaian peringkat usia.

Patung pocong boleh ganggu perkembangan usia

Patung pocong dikatakan mampu menakutkan kanak-kanak dan menimbul imaginasi yang tidak sepatutnya. Kanak-kanak sangat senang berimiginasi di awal usiannya.

“Pembelian patung ini bagi kanak-kanak adalah suatu perbuatan tidak sesuai kerana terdapat pelbagai alat permainan membantu perkembangan minda kanak-kanak.

“Bagi saya lebih gemar membelikan anak alat permainan bersifat pendidikan dan boleh diselit dengan beberapa jenis alat permainan kesukaan mereka.

“Kebiasaannya kanak-kanak perempuan menggemari patung Barbie manakala kanak-kanak lelaki menggemari kenderaan, oleh itu ibubapa boleh membelikan alat permainan sepertikereta, jentolak dan sebagainya,” katanya.

Pilih mainan sesuai dengan umur

Sementara itu, Pengerusi Asrama Kebajikan Ar Rayyan Mohamad Halimi Kolan berkata, alat permainan yang dipilih seharusnya memiliki ciri-ciri tertentu bagi membentuk minda dan membantu perkembangan kanak-kanak.

Menurutnya, antara perkara yang perlu diutamakan adalah alat permainan berkenaan selamat, tidak mengandungi elemen kurang sesuai seperti keganasan atau kezaliman serta tidak menyinggung agama termasuk agama Islam.

Katanya, alat permainan yang dibekalkan juga boleh membawa kebaikan dan manfaat sekiranya ia berciri-ciri intektual serta membantu pendidikan fan pengetahuan kanak-kanak.

“Alat permainan seperti patung pocong adalah tidak sesuai dibelikan bagi kanak-kanak walaupun ia menjadi trend.

“Banyak lagi alat permainan yang sesuai dan jualan patung pocong seperti ini tidak seharusnya digalakkan kerana ia boleh membawa keburukan,” katanya.

Ibu bapa perlu pantau jenis alat mainan anak

Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Shazlli Ezzat Ghazali berkata, ibu bapa memainkan peranan bagi memantau jenis alat permainan anak masing-masing.

“Selalunya kanak-kanak mudah terpengaruh dengan kelompok usia sebaya dan apa yang dipilih sebagai hobi atau alat permainan adalah sesuatu yang dimain oleh rakan.

“Ibu bapa perlu mengambil tahu dan sekiranya dirasakan kurang sesuai, mereka seharusnya menasihati anak mereka.

“Kanak-kanak lebih terdedah dengan gajet dan teknologi terkini dan kadang-kala setiap kelompok yang mereka bergaul memiliki aktiviti tersendiri, sekiranya tidak dipantau mereka boleh terdedah kepada pelbagai perkara,” katanya.

Dalam banyak-banyak patung yang dijual dia atas muka bumi ini, kenapa patung pocong juga yang jadi pilihan. Bukan ganggu anak sahaja, mak bapa pun terganggu kalau nampak patung ini depan mata.

Baca Juga: 5 jenis simpanan duit anak-anak, ibu bapa kena tahu

Baca Juga: Kisah doktor pakar kehamilan yang dikenali ramai, ini lima sebab Dr Imelda asyik terkejut saja sekarang