Patutlah bas sekolah warna kuning, hujan ke kebus ke memang mudah dilihat berbanding warna merah

Patutlah bas sekolah warna kuning, hujan ke kebus ke memang mudah dilihat dengan kondisi cuaca buruk, kuning adalah warna paling selamat bagi kenderaan bergerak.

Warna kuning juga lebih menonjol dikesan pengguna umum apabila dituliskan perkataan ‘bas sekolah’ yang berwarna hitam, berbanding warna lain seperti merah.

Jadi tidak hairanlah warna ini untuk bas sekolah merupakan standard antarabangsa yang diputuskan sekitar tahun 1933.

Selain itu, warna kuning merupakan warna yang amat ketara dan sukar untuk terlepas pandang apabila melihatnya.

Warna bas sebenarnya bukanlah kuning asli, ia merupakan campuran warna oren dan kuning lemon seperti buah mangga yang benar-benar masak.

Mengikut undang-undang persekutuan di AS, bas sekolah yang berwarna lain atau warna kuning berbeza tidak boleh dibeli.

Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), semua bas mesti dicat kuning berkilat mengikut spesifikasi Institusi Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) Piawaian Persekutuan No.595a, warna 13432.

Beberapa kajian mengatakan, bahawa antara kesemua warna yang ada, warna kuning adalah warna yang paling menonjol pada mata manusia. Bukan hanya pada waktu siang sahaja akan tetapi dalam keadaan gelap juga.

Dari sudut saintifik, kecenderungan penglihatan manusia untuk mengesan warna kuning adalah 1.24 kali ganda lebih berbanding warna merah.

Secara ringkas, anda lebih cenderung untuk terlihat warna kuning walaupun hanya menggunakan pandangan sisi mata.

Baca juga: “Syamimia lebih baik awak diam, jangan berlawan dengan netizen kita tak akan menang” -Iqbal