Patutlah minyak paket selalu habis, rupanya dikebas pemilik restoran warga asing lepas tu jual mahal pula tu

Patutlah minyak paket selalu habis, rupanya di’kebas’ pemilik restoran warga asing lepas tu jual mahal pula tu dengan harga harga RM20 dan ke atas.

Pemilik restoran warga asing ini dengan selamba menggunakan minyak masak peket bersubsidi untuk penyediaan menu masakan.

Siasatan mendapati 37 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi di restoran pertama, manakala pemeriksaan di restoran kedua pula menemui 39 kg minyak masak peket bersubsidi.

“Ini jumlah pada hari tersebut dan biarpun nampak kecil, tapi kita yakin setiap hari restoran itu mungkin menggunakan volum yang sama atau lebih. Jadi tidak adil kepada pengguna yang sepatutnya menikmati minyak masak subsidi tersebut.

“Makanan dijual bukan menu murah, tapi mereka menggunakan barangan bersubsidi untuk penyediaan makanan. Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati kedua-dua premis tidak mempunyai sebarang lesen atau permit barang kawalan bagi tujuan penyimpanan,” kata Pengarah KPDN WPKL, Ariffin Samsudin.

Itu tindakan dua restoran berkonsepkan Pakistan di Jalan Ipoh di sini yang diserbu oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam satu operasi pada 22 Disember lalu.

Pihaknya melaksanakan Operasi Bekalan Membanteras Penggunaan Barang Kawalan Tanpa Lesen / Permit di dua premis tersebut yang dimiliki pemilik warga Pakistan.

Beliau berkata, pihaknya sidang menyiasat sumber bekalan minyak masak peket bersubsidi yang diperolehi kedua-dua premis tersebut.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, pihaknya menyita 76 kg minyak masak dan 24 unit serbuk teh dianggarkan berjumlah RM1,100 melibatkan rampasan bagi kedua-dua premis berkenaan.

Ujarnya, hasil siasatan juga mendapati, pemilik dua premis tersebut merupakan warga Pakistan yang memegang status Pemastautin Tetap serta menetap di Malaysia sejak 20 tahun lalu dan berkahwin dengan wanita tempatan.

Baca juga: “Syamimia lebih baik awak diam, jangan berlawan dengan netizen kita tak akan menang” -Iqbal