Seorang pelajar tahun 6 dilaporkan maut dipanah petir ketika sedang berbaual dengan rakannya menggunakan telefon bimbit di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Gua Musang, semalam.
Kejadian dikatakan berlaku 4.30 petang, Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi, 12, pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis ditemukan terbaring di dalam bilik tidurnya dengan kesan terbakar pada bahagian lengan.
Bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang, 54, berkata, semasa kejadian dia baharu sahaja selesai solat Asar di surau yang terletak di hadapan rumahnya lapor Utusan.
Bunti dentuman petir yang kuat
Menurutnya, ketika kejadian dia dikejutkan dengan bunyi dentuman petir yang sangat kuat.
“Kemudian, isteri memaklumkan anak keempat daripada lima beradik telah pengsan di tempat tidur sambil tangan kanannya memegang telefon bimbit.
“Selain itu terdapat kesan melecur pada tangan kanan anak dan kesan terbakar di bahagian tilam tempat tidurnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
M. Nor Zawawi memberitahu, dia membawa anaknya itu Klinik Kesihatan Kuala Betis dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.
Katanya, mayat anaknya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk tindakan lanjut sebelum proses pengebumian.
Baca Juga: Peluk rakan sampai patah tulang rusuk, lelaki diarah bayar RM6,591 sebagai pampasan