Pelajar UUM mati dalam bilik asrama, dipercayai terkena kejutan eletrik

Pelajar UUM mati dalam bilik asrama, dipercayai terkena kejutan eletrik. Vinosiny Sivakumar ditemukan mati di dalam bilik asramanya, dipercayai akibat terkena kejutan elektrik pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superitendan Rodzi Abu Hassan berkata, setakat Selasa, kematian Vinosiny Sivakumar yang merupakan pelajar tahun kedua perakaunan, Universiti Utara Malaysia (UUM), diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Kita masih lagi menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar katanya di sini, pada Selasa.

Kenyataan rasmi dari UUM mengenai pelajar mati dalam bilik asrama

Sementara itu laporan MalaysiaKini yang memetik bapa mangsa, R Sivakumar, 65, berkata, mangsa baru seminggu kembali ke kampus selepas belajar secara dalam talian sejak pandemik COVID-19 melanda.

Menurutnya, pihak pengurusan UUM menghubunginya pada kira-kira pukul 3 petang Sabtu lalu dan dia hanya dimaklumkan yang mangsa jatuh dan tidak sedarkan diri bukannya meninggal.

“Mereka tidak menjelaskan secara terperinci dan tidak beritahu saya apa yang sebenarnya terjadi. Selepas saya tanya beberapa kali sama ada masih ada petunjuk yang anak saya masih hidup atau tidak, baru mereka beritahu dia telah meninggal dunia,” katanya.

Sivakumar menambah, dia juga tidak dapat memasuki bilik asramanya untuk memeriksa kerana sudah ditutup. Mangsa yang baru berusia 20 itu akan dikebumikan di Klang pada hari Isnin.

“Polis hanya beri dompet dan kad pengenalannya kepada saya,” katanya lagi.

Tambah Sivakumar, dia mahu mendapatkan kebenaran di sebalik kematian anaknya, memandangkan tiada sebarang penerangan diberi oleh pihak pengurusan UUM dan polis.

Dia juga mendakwa terdapat kesan terbakar yang jelas di muka dan tangan kanan anaknya, serta dua jarinya berwarna ungu kehitaman ketika doktor menunjukkan mayat mendiang kepadanya di hospital.

“Saya cukup kesal dengan pihak universiti yang tidak menyatakan dengan jelas ketika mereka maklumkan perkara ini kepada saya. Tragedi sudah terjadi, saya hanya inginkan kebenaran. Saya nak tahu punca (kejutan elektrik). Saya tak mahu sesuatu yang tak betul terjadi.

“Saya tak mahu perkara sama menimpa pelajar lain. Saya pasti ada sesuatu yang tak kena dengan kemudahan di universiti, tapi adakah pihak universiti akan mengaku?” soalnya lagi.

Diharapkan pihak universiti memandang serius laporan yang dibuat oleh pelajar bagi mengelak kes seperti ini berulang lagi

Baca Juga: Pembantu kedai didenda RM2,500 sebab buang patung hiasan

Baca Juga: Dolar Singapura catat paras tertinggi berbanding Ringgit Malaysia