Pelik! Ayam ini jadikan skru makanan harian buat netizen garu kepala

“Benar tapi menghairankan.” Itulah kata-kata yang mungkin terlintas dalam benak seseorang ketika melihat video yang menunjukkan selera makan seekor ayam betina yang agak unik ini.

Biasanya ayam-ayam lebih suka memakan dedak, cacing, dan bahan-bahan organik lainnya. Namun, ayam ini mempunyai pilihan yang sangat unik dengan memakan skru besi.

Ayam tersebut dikatakan hidup di dalam sebuah kedai membaiki peralatan elektrik di China.

Ia turut dikategorikan sebagai lebih 1kg berat dari ayam lain.

Menurut pemilik ayam tersebut, tidak ada sebarang skru yang dikesan pada najis yang dikeluarkan oleh ayam tersebut.

Pakar turut mendakwa bahawa kemungkinan asid yang terkandung dalam sistem pencernaan ayam tersebut telah mencernakan skru tersebut.

Baca juga: Ramai taktahu perlu bawa minimum RM2k jika masuk Thailand, rupanya boleh dihalau balik atas sebab ini..