Penduduk Shanghai bunuh diri ekoran lockdown yang terlalu ketat, haiwan peliharaan pula dibunuh oleh petugas Covid-19 dalam sekatan yang paling ketat di dunia.
Memetik laporan Mstar, bandar paling ramai penduduk di China telah dikurung selama lebih lima minggu dengan penduduknya diarah duduk di dalam rumah kerana kes Covid-19 terus meningkat di seluruh negara.
Mereka yang didapati positif sedang dikumpul dan dibawa ke pusat kuarantin yang sempit untuk tempoh masa yang tidak ditentukan.
Menurut laporan South China Morning Post, penduduk yang kelaparan telah memecah masuk kedai runcit dan dron dikesan terbang di atas bangunan pencakar langit memberitahu penduduk untuk “mengawal keinginan jiwa anda untuk kebebasan.
Peraturan dalam lockdown kali ini dilihat memberi kesan buruk ke atas kesihatan mental sehingga mendorong sesetengah individu untuk membunuh diri.
Haiwan peliharaan mereka yang dijangkiti virus itu dilaporkan dibunuh oleh petugas Covid-19 kerana risau berlaku penyebaran lebih meluas.
Satu video yang disiarkan ke Twitter yang menunjukkan beg tong sampah hijau yang besar, didakwa dipenuhi dengan bangkai kucing dan anjing yang ditinggalkan di tepi jalan.
Baca Juga: Anak mati sebab obes, ibu bapa ditahan
Baca Juga: 11 pelajar buli pelajar tingkatan 2 sampai lebam, ditahan semalam