Pensyarah wanita anak 6 orang, ajak masuk bilik nak jadi lesbian partner

Sudah biasa kita dengar hubungan cinta yang berputik antara pensyarah dengan pelajar tetapi, lain pula kisahnya dengar cerita yang dikongsi oleh seorang pelajar perempuan ini. Dia mendakwa pensyarah wanita yang mengajar subjek psychology di kelasnya telah memanggilnya ke bilik pensyarah tersebut.

Dia yang tidak mengesyaki apa-apa yang aneh terus ke bilik pensyarah itu. Alangkah terkejutnya apabila di dalam bilik, pensyarah tersebut telah bertindak menolaknya ke dinding dan menciumnya. Dia yang terkejut dengan perkara itu memarahi pensyarah tersebut.

Pensyarah tersebut mengakui menyukainya dan ingin jadikan dia sebagai lesbian partner. Menurut perkongsian itu, dia mengakui sangat terkejut dan tidak menyangka kerana pensyarah wanita itu sudah mempunyai suami dan 6 orang anak.

Dia telah diugut akan digagalkan dalam subjek tersebut jika mengadukan hal ini kepada pihak atasan. Pelajar itu kini buntu untuk menceritakan hal yang terjadi kepada rakannya kerana risau akan dituduh mereka-reka cerita memandangkan peribadi pensyarah itu yang ibarat ‘pijak semut tak mati”.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang bersimpati kepada pelajar terbabit dan memberi cadangan untuk tidak menghiraukan permintaan pensyarah itu. Namun, ada juga yang mendakwa pelajar itu sekadar mengadakan cerita sahaja.

Diharapkan pelajar tersebut dapat menyelesaikan kekusutan itu dengan segera.

Baca juga: https://themalaysialife.com/isu-tak-pakai-coli-di-kedah-fashion-week-maknyah-rupanya/