Semalam negara telah digemparkan dengan nahas pesawat ringan yang terhempas berdekatan dengan kawasan perumahan Elmina.
Pesawat ringan itu dikatakan membawa lapan orang penumpang termasuk dua orang anak kapal.
Nahas tersebut juga turut mengorbankan dua orang awam iaitu seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Menurut saksi yang dikenali sebagai Ihsan, 37, dia mendengar jeritan Allahuakbar beberapa kali daripada penunggang motosikal yang terbakar itu yang sempat bergerak sedikit namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak.
Ihsan yang pada awalnya menaiki motosikal untuk membaca meter air di kawasan berdekatan dengan tempat kejadian secara tiba-tiba mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat di bahagian belakangnya.
“Saya pusing belakang lalu terlihat kepulan asap dan terus berpatah balik.”
Tambah Ihsan lagi, dia juga melihat seorang lagi mangsa dari pesawat berada di luar dalam keadaan rentung.
Difahamkan, perakam suara kokpit (CVR) serta kesemua 10 mayat kini dilaporkan telah pun ditemui pihak penyelamat pada jam 10.30 malam pada Khamis.
Kesemua mayat serta cebisan yang dijumpai itu telah pun dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat dan pengecaman.
Baca juga: Kedai makan pemilik wanita yang tular dipeluk lelaki akan disiasat JHEAT