Penumpang obes punca ‘absorber’ rosak, kecil hati dimaki hamun pemandu mulut celupar

Seorang lelaki di Thailand meluahkan rasa kesal selepas dihina pemandu teksi yang menyatakan bahawa dia risau berat badan berlebihan penumpang tersebut akan merosakkan penyerap hentak (absorber) keretanya, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Thaiger semalam.

Penumpang tersebut memuat naik video yang memaparkan percakapannya dengan pemandu teksi ketika dia sudah berada di dalam kenderaan itu.

Penumpang itu meluahkan rasa kesal dan menyatakan bahawa dia tidak pernah mengalami situasi seperti itu sebelum ini.

Mengapa awak tidak memberitahu lebih awal bahawa awak enggan menerima penumpang dengan berat badan berlebihan kerana bimbang penyerap hentak rosak?

“Ia membuatkan saya berkecil hati. Saya banyak menaiki teksi sebelum ini dan tidak pernah mengalami situasi begini,” kata lelaki tersebut.

Pemandu teksi kemudian menjawab pertanyaan tersebut dan meminta penumpang tersebut membayar tambang jika dia ingin turun dari kenderaan itu.

“Saya memberitahu perkara sebenar kerana saya bimbang penyerap akan rosak. Jika awak mahu turun dari teksi, awal tetap perlu membayar tambang kerana saya tidak menghalau awak (keluar).

“Saya tetap mengambil awak kerana ia sah di sini undang-undang. Negara ini mempunyai undang-undang dan ia tidak mengikut peraturan awak. Saya tidak membuli dan hanya memberitahu perkara sebenar,” kata pemandu teksi berkenaan

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian itu dan tindakan penumpang berkenaan seterusnya. 

Baca juga: Rezeki kaki pancing, ikan ‘gigi manusia’ tarik perhatian ramai..siap senyum tunjuk gigi lagi