Oleh kerana hidupnya tidak stabil beliau terus memilih cara hidup mengemis selain memperoleh pendapatan bulanan RM4,239.52 dengan cara mengemis.
Kita yang kerja bersusah payah daripada pagi hingga ke malam pun terkadang belum tentu mampu memiliki sebuah rumah berharga lebih setengah juta.
Namun, seorang pengemis di India dilaporkan berjaya memiliki beberapa aset dan pendapatan yang lumayan.
Seorang lelaki bernama Bharat Jain kini hangat menjadi bualan penduduk Mumbai, India kerana dianggarkan memiliki kekayaan 75 juta rupee (~RM4.2 juta) meskipun hanya mengemis di jalanan.
Menurut laporan Economic Times, Bharat Jain merupakan pengemis terkaya berdasarkan pendapatan dan aset yang dimiliki. Lelaki ini sering dilihat mengemis di sekitar kota raya Mumbai.
Bukan hanya mampu menanggung isteri, dua anak, abang dan ayahnya, Bharat Jain juga memiliki sebuah flat bernilai 12 juta rupee (~RM678,323.29) selain daripada dua kedai sewa.
Bharat Jain juga menjana pendapatan bulanan antara 60,000 rupee (~RM3,391.62) hingga 75,000 rupee (~RM4,239.52) menerusi hasil mengemis sahaja.
Tempat popular yang menjadi lokasi lelaki itu mengemis antaranya di stesen kereta api Chhatrapati Shivaji Maharaj Terminus (CSMT) atau Azad Maidan.
Disebabkan kewangan yang tidak stabil, Bharat tidak dapat melanjutkan pelajaran secara formal dan memilih mengemis untuk menyara hidup.
Walaupun sudah dihalang oleh keluarga selepas berkemampuan, beliau tetap memilih untuk meneruskan kerjaya ‘mengemisnya’.
Sebagai rekod, beliau memiliki dua kedai di Thane yang disewakan pada harga 30,000 rupee (~RM1,695.81) sebulan. Anak-anaknya sudah pun menghabiskan pembelajaran sementera ahli keluarga yang lain menguruskan perniagaan sebuah kedai alat tulis.
Baca juga: Siapa sangka dengan modal RM50 beli guni bundle Korea, brader ini temui wang tunai RM21,000