Polis beri maklumat baru isu ibu bapa Zayn Rayyan, “Tunggu hari perbicaraan”

“Kita dah tuduh, tunggu hari perbicaraan,” demikian kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan Ketika ditanya mengenai maklumat terkini kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Isnin.

Sebutan kes kanak-kanak malang tu akan didengari pada 26 Julai ini dimana kedua ibu-bapanya akan dituduh kerana mengabaikan kanak-kanak itu.

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang didakwa di Mahkamah Sesyen pada 13 Jun lalu masing-masing membayar ikat jamin berjumlah RM10,000.

Keduanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, suami isteri itu didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak berusia enam tahun itu, mengabaikannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal.

Baca juga: “Dekat dengan Fatin, selesa?” – Influencer muslimah tampil selepas dijadikan bahan jenaka lelaki