Potret ini dijual dua kali ganda pada harga RM52.3 bahkan potret berusia lebih 380 tahun ini, mempunyai kisahnya yang disembunyikan dari orang ramai.
Potret bermodelkan seorang saudagar paip dan pasangan berjaya dijual pada harga RM52.3 juta! Tak sangka kan.
Memang tak masuk akal, namun itulah hakikat yang berlaku pada sesi lelongan Christie’s Old Masters di London baru-baru ini.
Lukisan antik Jan Willemsz van der Pluym dan isterinya, Jaapgen Carels dijual kepada pemilik yang enggan disebut dalam lelongan berkenaan.
Daily Mail mendedahkan, karya seni itu adalah yang terakhir milik pelukis terkemuka Belanda, Rembrandt Harmenszoon van Rijn atau lebih dikenali dengan nama Rembrandt.
Ia berjaya dijual pada nilai dua kali ganda hanya kerana sebuah tandatangan dan tarikh 1635.
Sebelum ini, naskhah tersebut buat pertama kalinya dijual di Rumah Lelongan British pada tahun 1824.
Selepas itu, dua lukisan berkenaan ‘lenyap’ untuk tatapan umum lebih 200 tahun sebelum muncul semula pada jualan mewah tersebut.
Nak dijadikan cerita, sebenarnya hasil seni berbentuk bujur dan bersaiz kurang 8 inci ditemui oleh Timbalan Pengerusi Antarabangsa Christie’s Old Master Paintings, Henry Pettifer.
Ketika itu, beliau sedang membuat penilaian koleksi seni milik sebuah keluarga.
Lapor portal itu lagi, penemuan tersebut adalah yang paling menarik dalam bidang Old Master dalam beberapa tahun kebelakangan ini.