Kalau raya nanti nak kurus, jangan skip rutin ini masa puasa nanti

Salah satu target untuk bulan puasa mestilah nak kurus sebelum raya. Berpuasa di bulan Ramadan ini boleh menyebabkan dihidrasi, jadi kita perlu makan dan minum yang secukupnya bagi membolehkan tubuh kita untuk terus berfungsi sepanjang bulan puasa.

Sebagai individu yang berpuasa, amatlah digalakkan untuk bersahur, kekurangan tidur dan air boleh menyebabkan sakit kepala.

Ini adalah tip untuk anda mendapatkan puasa yang sihat:

 

1 Jangan lupa untuk bangun sahur

Seperti yang diketahu ramai, kita tidak boleh langkau sarapan pagi dan semasa Ramadan ia menjadi lebih penting.

Walaupun dengan melangkau sahur membolehkan kita mendapat lebih banyak tidur, namun seeloknya bangun dan makanlah.

Tidak bersahur akan memberi kesan kepada tubuh kita, kerana tubuh akan bergantung kepada makanan yang dimakan untuk kekal bertenaga hingga buka puasa. Tidak bersahur boleh menyebabkan kita untuk terlebih makan ketika berbuka puasa dan itu boleh menyebabkan berat bertambah.

 

2 Jangan terlebih makan ketika berbuka

Sebagimana kita tidak boleh melangkau sahur, kita juga tak boleh terlebih makan ketika berpuasa kerana ia boleh memberi kesan yang buruk kepada tubuh.

Iftar perlu seimbang, hidangan berkhasiat dan bukanlah jamuan. Terlebih makan boleh menyebabkan ketidakhadaman penambahan berat badan yang tidak sihat. Makan secara perlahan dan nikmati setiap gigitan makanan anda.

 

 

3 Elak makanan bergoreng, masin dan kandungan gula yang terlampau tinggi

Kita tidak digalakkan berbuka puasa dengan makanan bergoreng, berminyak, atau makanan yang manis. Walaupun makanan ini sedap di makan setelah sehari perut kosong, ia boleh menyebabkan puasa kita pada keesokkan hari lebih sukar.

Selain dari berat yang bertambah secara tidak sihat, makanan berlemak dan manis ini boleh meyebabkan badan lemah dan cepat merasa loya. Kita juga perlu mengawal ambilan garam terutamanya ketika sahur, kerana ia akan menyebabkan dahaga ketika berpuasa.

Sebaliknya, kita boleh cuba gabungkan makanan dari setiap makanan utama termasuklah buah dan sayuran, nasi, dan daging. Makan makanan berserat tinggi ketika Ramadan boleh meperlahankan proses perncernaan daripada makanan yang diproses maka anda akan kenyang lebih lama.

 

4 Minum air sebanyak yang boleh

Minum ir sebanyak yang boleh di antara waktu berbuka dan waktu bersahur kerana ia boleh mengurangkan risiko dehidrasi semasa berpuasa.

Minum sekurangnya 8 gelas sehari. Cecair ini termasuklah jus, susu, minuman dan sup tetapi air adalah pilihan yang paling tepat. Kurangkan minuman berkaffein seperti kopi, teh dan cola kerana ia akan memberi kesan duretik dan menyebabkan kehilangan cecair.

Diet yang seimbang adalah kunci kepada puasa yang sihat ketika Ramadan.

 

Baca juga: https://themalaysialife.com/handsome-juga-laki-i-walaupun-orang-cakap-nonok-vibes-ernie-tempis-netizen/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/daftar-i-akaun-memudahkan-pengeluaran-rm10000-kwsp-anda-ini-caranya/