Ramai lelaki idamkan teman wanita AI, ada yang mahu melamar perkahwinan. Teknologi kecerdasan buatan (AI), menarik perhatian kerana ‘kecantikan’ dan lebih 20 ‘lamaran’ perkahwinan.
Lexi Love, ‘wanita’ berambut perang yang sebenarnya model dihasilkan menerusi AI, menarik perhatian kerana ‘kecantikan’ dan dapat bertutur dalam 30 bahasa.
Lebih menarik, wanita itu boleh bercakap tanpa henti selama 24 jam sehari bagi mereka yang membayar perkhidmatannya.
Oddity Central melaporkan baru-baru ini penciptanya, Foxy Al yang berpangkalan di United Kingdom (UK) mendakwa menjana kira-kira AS$30,000 (kira-kira RM142,065) menerusi langganan bulanan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Foxy AI, Sam Emara berkata, ini kerana Lexi Love dicipta lebih daripada sekadar wajah yang cantik dan badan yang menakjubkan kerana boleh menggoda, ketawa, dan menyesuaikan diri dengan personaliti, minat dan pilihan yang berbeza.
Di laman web Foxy AI, Lexi Love muncul sebagai penggemar susyi dan penari tarian tiang profesional berusia 21 tahun. Hobinya termasuk melakukan senaman yoga dan bermain bola tampar pantai.
Pelanggan yang membayar boleh terbabit dalam pemesejan teks dan suara dengan Lexi Love. Beberapa individu sangat terpikat dengan model AI sehingga mereka menghantar ‘lamaran’ perkahwinan.
Pencipta Lexi mendakwa model AI itu direka untuk menjadi ‘teman wanita’ yang sempurna untuk ramai lelaki, dengan ciri dan gaya sempurna.
Ia dengan kejayaan besar dalam tempoh singkat sekali gus menjadi bukti potensi perniagaan yang sangat menguntungkan, walaupun isu ini turut menimbulkan kontroversi.
Baca juga: Sajat bidas penjual kek tapak kuda guna bahan diboikot tanpa rasa bersalah