Perjalanan sebuah keluarga ke Thailand pada tahun lalu memberi pengalaman pahit berikutan terlibat dengan sebuah kemalangan.
Khairil Ezani, 36, berkata mereka sekeluarga berangkat dari Alor Setar namun akhirnya terlibat dengan kemalangan bersama warga tempatan.
“Kami rancang nak jalan-jalan di Hatyai dan tidur di sana satu malam sahaja, jadi hanya beli insurans wajib harga kira-kira RM40″
Disebabkan insiden tersebut, Khairil perlu membayar pampasan kerugian kereta serta insurans perubatan melibatkan mangsa yang dikategorikan agak teruk.
Berikutan itu, keluarganya perlu mengeluarkan wang hingga RM30,000 untuk menampung kos yang diperlukan malah perlu tinggal di sana sehingga kes selesai.
Meninjau ke ruangan komen, ramai mempersoalkan tindakan segelintir pempengaruh yang mencanangkan bahawa bercuti ke Thailand hanya menggunakan wang yang sedikit.
Namun kesannya di kemudian hari adalah seperti kes ini, yang membeli insurans kenderaan yang terlalu murah hingga menjerat leher sendiri.
Baca juga: Akhirnya Cik Epal dedah kisah sebenar, Jofliam pula kata mahu ‘move on’