Raut wajah persis ibunya, kecantikan Puteri Ameerah anak Sultan Brunei raih perhatian netizen

Tidak dinafikan, keturunan sultan atau raja dari mana negara pun pasti mempunyai raut wajah yang cantik dan bersih tidak seperti orang kebanyakan.

Mereka juga mempunyai karisma serta aura yang menonjol yang membuktikan mereka adalah keturunan diraja.

Sebelum ini tular berita tentang sosok wajah Putera ‘Abdul Mateen yang menambat hati ramai orang.

Walaupun sudah berusia 31 tahun, ketampanannya diketahui seluruh dunia malahan kini adiknya pula menjadi bualan netizen.

Cahayamata Sultan Brunei ini dikenali dengan nama Puteri Ameerah atau Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengeran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Walaupun baru berusia 15 tahun, Puteri Ameerah kelihatan amat jelita dan matang.

Menurut sumber, Puteri Ameerah kini bersekolah di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei) sejak 2017 hingga kini.

Sebelum ini, beliau bersekolah di Sekolah Antarabangsa Brunei.

Baru-baru ini, tular gambar terkini Puteri Ameerah yang dikatakan menghadiri Charity Polo Day 2023 di The Royale Polo and Riding Jerudong, Brunei.

Walaupun hanya berpakaian simple, ramai yang memuji kecantikannya dan menyamakan beliau dengan ibu kandungnya iaitu Azrinaz Mazhar Hakim.

Baca juga: Lisa angkat kaki, kumpulan Blackpink berpecah akhir Ogos ini?