“Redha je lah dik kena tolak gitu,” gelagat dua beradik buat susu untuk si kembar tiga bikin netizen terhibur

Mempunyai adik beradik yang masih kecil memaksa si abang atau kakak untuk menjadi lebih bertanggungjawab.

Kadang-kadang, ibu bapa terlalu sibuk sehingga tidak mempunyai masa yang cukup untuk memerhatikan anak mereka yang masih kecil.

Seperti yang kita dapat lihat di dalam sebuah video tular ini di TikTok menunjukkan seorang abang dan kakak membantu membuatkan susu untuk adik-adiknya.

Apa yang menarik adalah adik-adik mereka itu adalah kembar tiga. Abang dan kakaknya juga masih kecil lagi di mana masing-masing hanya berumur 3 tahun dan 5 tahun.

@akmasyafira

Abang dengan kakak matang seblum usia,Triplet pula setia menunggu

♬ suara asli – Musiceveryday – π™ˆπ™π™Žπ™„π˜Ύπ™€π™‘π™€π™π™”π˜Ώπ˜Όπ™”22

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok itu, kelihatan tiga orang bayi kembar sedang sabar menunggu abang dan kakaknya buatkan susu.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara mereka baringkan adik-adiknya selepas diberikan susu. Kakak dan abang kepada kembar itu dilihat bersahaja menolak kembar tersebut untuk membaringkan mereka.

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ianya telah meraih sehingga 3.9M views, 263.3K likes dan 10.2K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok memberikan reaksi terhibur dengan gelagat adik-beradik itu.

Baca juga: β€œDerma tabung pilihanraya lagi afdal dari tabung masjid” – Mokhtar Senik