Remaja bawah 22 tahun paling ramai lakukan seks bebas – Tinjauan Durex

Durex Malaysia melaporkan 62 peratus anak muda mengaku pertama kali melakukan hubungan seks pada usia 22 tahun ke bawah.

Data itu menunjukkan berlaku peningkatan berbanding 42 peratus pada 2016.

Perkara itu didedahkan melalui Tinjauan Kesihatan Seksual dan Kesejahteraan Hubungan Intim Durex Malaysia yang dijalankan secara dalam talian pada April serta Mei lalu.

Kajian tersebut membabitkan 1,089 responden berusia antara 18 hingga 30 tahun, dengan 51 peratus daripada mereka adalah belia Melayu.

Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Tiffany Tang berkata, hasil kajian mendapati sebanyak 35.4 peratus golongan belia mengakui pernah melakukan hubungan seks iaitu meningkat hampir 20 peratus berbanding hanya 18.8 peratus pada 2016.

Selain itu, hasil kajian juga mengesan salah faham meluas terhadap jangkitan seksual (STI) dan kehamilan apabila 31 peratus responden mengaku tidak mengetahui perempuan boleh mengandung pada kali pertama melakukan hubungan seks.

Kira-kira 31 peratus responden juga masih percaya mitos bahawa wanita tidak boleh hamil sewaktu tempoh haid,” menurut kajian tersebut seperti dilapor Harian Metro.

Baca juga: Harga biri-biri ladoum boleh cecah RM380 ribu, siap ada pertandingan ratu cantik lagi

Baca juga: Jangan lupa, kualiti jalan raya di Malaysia antara 21 terbaik kalahkan negara luar yang lebih maju