Resipi Lontong Goreng paling sedap dalam dunia, confirm teringat. Biasanya kita akan makan nasi impit dengan rendang, kuah lodeh atau kuah kacang kan? Tetapi lain pula hidangan lontong goreng yang sering menjadi menu utama ketika perayaan hari raya Aidilfitri di negeri Johor.
Kalau dah pandai masak sendiri, dah tak perlu tunggu raya baru nak merasa lontong goreng Johor ni kan. Anda masak sendiri sahaja di rumah.
CARA BUAT LONTONG GORENG
Bahan-bahan:
- Lontong 900gram (dipotong dadu besar)
- Udang sedarhana (200- 300gram)
- Isi dada Ayam (direbus dan dicarik )
- Sos Cili 2 sudu besar
- Sos Tomato 2 sudu besar
- Sos Ikan 2 sudu besar
- Kicap manis 3-4 sudu besar
- Kucai
- Kubis dihiris tipis (jika mahu)
- Telur 4 biji
- Gula 1-2 sudu besar
- Garam (jika perlu)
- Serbuk Perasa (jika perlu)
- Daun sup (bahan hiasan)
- Cabai Merah (bahan hiasan)
- Daun bawang (bahan hiasan)
Bahan-bahan kisar:
- Cili kering 10-15 batang
- Bawang besar ½-1 biji
- Bawang Putih 5 ulas
- Udang kering 2-3 sudu besar
Cara memasak:
1. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan udang dan masakkan ia seketika.
3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, kicap, gula, garam dan serbuk perasa (jika perlu) dan gaulkan.
4. Masukkan lontong, kucai, kubis, isi ayam dan telur. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
5. Kemudian taburkan cili merah, daun bawang dan daun sup.
6. Angkat dan siap untuk dihidang.
Baca juga: “Derma tabung pilihanraya lagi afdal dari tabung masjid” – Mokhtar Senik