Menjadi ahli baru dalam keluarga suami sememangnya menjadi salah satu ketakutan buat para wanita di luar sana.
Ia kerana perlu menyesuaikan diri supaya tidak dikatakan sombong atau terlebih mesra dengan keluarga mentua lebih lebih lagi andai menjadi yang paling awal dalam keluarga berkahwin.
Wanita ini berkongsi kisah dirinya yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keluarga mentua dan menyalahkan semua perkara sepenuhnya kepada keluarga suaminya.
Bismillahirrahmanirrahim semoga luahan saya ini ada yang sudi baca dan utarakan pendapat yang sebaiknya. Assalamualaikum semua saya seorang isteri (suri rumah) yang mempunyai character introvert, mempunyai seorang anak dan saya berkahwin dengan seorang lelaki yang mempunyai character extrovert.
Jujur saya kata bukan perkara yang mudah untuk saya sesuaikan diri berada di kehidupan suami saya kerana keluarga suami sejenis yang riuh rendah, banyak cakap, jenis selalu berkumpul ramai – ramai dan boleh dik4takan hubungan suami dengan family dia termasuk makcik pakcik sed4ra mara sangat akrab.
Masalah pertama saya bermula apabila family suami suka berkunjung ke rumah dan ada masa datang sewaktu suami kerja. Apa yang membuat saya terkilan saya ada dalam group wassap family suami tapi nak datang rumah bagitahu dekat suami saya walhal saya yang ada dekat rumah bukan suami.
Saya boleh husnudzon mungkin family suami tak selesa cuma saya sebagai orang baru rasa terpinggir. Masalah kedua saya, family suami kalau datang bukan mak ayah dia je datang adik beradik dia semua pon ikut walaupon semua dah besar panjang akan jadi tak selesa sebab ada yang bukan mahram.
Okay itu saya tak kesah sangat, apa yang membuat saya rasa bertambah tak selesa setiap kali dorang datang rumah dorang akan buat rumah tu macam rumah sendiri bukak tv ikut suka. Kalau saya ada beli makanan ke jajan, contoh air ke aiskrim, dorang main bukak peti ais rumah saya. Langsung tak mintak izin.
Okay ini okay lagi mungkin saya yang over. Bila nampak jajan dekat rumah saya terus ambil tak pon tunjuk dekat suami saya ni bukan masalah berkira sekarang ni pasal adab apa – apa pon mintak la izin dulu. Semua benda bertambah tak okay di mata saya lepas saya ada anak.
Masalah ketiga saya masa saya berpantang nak menyusukan anak dalam bilik. Saya dikerumun dengan family suami termasuk lelaki. Apa yang bertambah tak selesa lepas ada anak, family suami m4kin kerap datang ke rumah.
Ada masa datang ikut suka tak bagitahu dan datang pulak hanya untuk tengok anak saya paling kejap boleh jadi 1 jam ke 3 jam. Bila datang pulak semua ikut sekali yang hanya borak tanya pasal saya cuma mak suami sahaja yang lain cuma datang nak tengok dan main dengan anak saya.
Salah sorang family dia pernah sanggup tunggu anak saya bangun baru nak masuk dalam rumah sebelum tu duduk dalam kereta je lepas anak saya bangun baru masuk dalam lepas je anak saya nak tidur balik terus keluar macam tu je.
Agak-agak sekarang segala ketakselesaan saya dengan family suami tu over ke? Okay saya tambah lagi point yang buat saya bertambah tak selesa patut ke saya tak selesa kalau family suami ada dekat rumah saya dan tiba-tiba dorang ajak makcik sepupu sed4ra suami datang rumah tanpa tanya saya dulu.
Ye, saya hanya mendengar dorang nak ajak datang rumah tapi tak mintak izin atau tanya terus kepda saya sebagai tuan rumah. Saya yang over ke atau family suami yang ??? Semata nak tengok anak saya sampai jenguk bilik orang, masuk bilik orang ikut suka tak mintak izin langsung.
Sejak saya kahwin memang saya perati yang family suami jenis takda adab dan common sense. Okay takpala mungkin yang tak boleh lebih kurang dan nak semua benda ikut cara saya. Benda yang paling buat saya atau mak – mak lain tak selesa bila ambil anak saya bawak keluar rumah tak mintak izin saya dulu walhal saya ni maknya ada depan mata.
Dia sampai tahap nak pergi keluar naik kereta pon nak angkut anak saya sekali tapi tak mintak izin saya yang ada depan mata dia, jadi saya ni tunggul ke? Mungkin salah saya sebab tak cakap, tak tegur sendiri masalah saya adalah mulut saya sentiasa terkunci bila nak tegur sebab setiap kali nak tegur emosi dan baran saya sangat membuak tinggi.
Saya cuba tapi mulut masih tetap terkunci tapi sampai bila saya nak makan hati kalau berdiam berterusan? Apa yang saya nampak sekarang ni family suami tak betul terima saya masuk dalam family dorang. Tambah pulak lepas ada anak saya rasa betul la orang kata, orang hanya nak dan suka anak kita tapi bukan diri kita.
Satu jela saya nak cakap tak kesah lah hubungan kita dengan family tu rapat macam belangkas sekalipon lepas dah kahwin mak ayah mahupun adik beradik perlu ada set limit dan jugak boundaries masing-masing. Jadi takde yang akan terasa hati contoh jenis usik barang orang tak mintak izin.
Lepas ahli keluarga kita dah kahwin, yang lain tu kena cuba pikir “abang aku dah kahwin takpa ke aku buat macam ni nanti isteri dia tak suka tak selesa”. Maaf andai kata susunan ayat berterabur. Yang baik datang dari Allah yang jahat datang dari saya sendiri.
Terima kasih dah berjaya baca segala ranjau kehidupan rumahtangga saya sampai habis. IKHLAS, (Hanya insan yang tak ingin dikenali sesiapa)
Baca juga: Farid Kamil pegang perut Diana Danielle, netizen titip doa mohon ada berita gembira