Ringgit kini matawang terbaik di dunia, kata penganalisa antarabangsa

Siapa sangka ringgit kini merupakan mata wang paling terbaik dalam dunia berbanding dolar AS. Kenyataan ini menurut penganalisis kanan MUFG Bank, Lyod Chan seperti dipetik oleh portal FMT dalam laporannya.

Menurut laporan FMT lagi, data daripada Bloomberg menunjukkan ringgit telah meningkat 14.35% berbanding dolar AS sejak tiga bulan lalu, mengatasi emas, yang meningkat sebanyak 14.2%, ke tempat kedua. Data itu meliputi tempoh antara 27 Jun dan 27 Sept.

Chan mengaitkan pemulihan kenaikan ringgit disebabkan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan kitaran penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan AS yang berterusan.

Jangkaan pasaran untuk lebih banyak pemotongan kadar AS sejak Julai telah mendorong kenaikan mendadak ringgit pada separuh kedua tahun ini.

Memandangkan ringgit adalah ‘murah’ pada penghujung separuh pertama tahun, ia menyediakan skop untuk peningkatan mata wang itu, kata Chan kepada FMT.

baca; Terkejut! Guru Malaysia didakwa paling banyak tipu MC mengikut CUEPACS