Risau gastrik menyerang ketika Ramadan, ini antara menu yang anda boleh ambil ketika puasa. Penghidap gastrik adalah antara yang terkesan kerana menahan lapar ketika berpuasa.
Anda tidak perlu bimbang, dengan cara pemakanan yang betul boleh membantu golongan penghidap gastrik untuk berpuasa dengan sempurna.
Berikut adalah makanan yang perlu diambil oleh anda yang menghidap gastrik di sepanjang bulan Ramadan.
1 Sayuran
- Kobis, brokoli, kentang, timun dan kacang hijau kerana makanan ini rendah lemak dan gula serta dapat mengurangkan asid perut yang baik untuk untuk sistem pencernaan.
2 Halia
- Makanan ini mempunyai sifat antiradang semula jadi dan antara salah satu rawatan dalam masalah pedih ulu hati.
3 Oat dan roti gandum
4 Buah-buahan bukan citrus (masam)
5 Daging tanpa lemak
- Yam, ayam belanda, ikan dan makanan laut.
6 Putih telur
7 Lemak sihat
- Avokado, walnut, flaxseed, minyak zaitun, minyak bijan dan minyak bunga matahari
8 Makanan dan minuman probiotik
- Yogurt, kefir dan kimchi
9 Makanan antibakteria dan kaya flavonoid
- Bawang putih, bawang, madu, halia, kunyit, kranberi dan saderi.
Bagi mengelak daripada mendapat gastrik, anda dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan ini kerana ia boleh mencetuskan keradangan.
Antaranya ialah makanan diproses, gluten, makanan berasid, produk tenusu, makanan bergula dan makanan pedas.
Pada masa yang sama elakkan daripada tekanan berlebihan dalam mengurangkan masalah gastrik anda. Anda dinasihatkan untuk makan secukupnya kerana makan terlebih atau makan kurang daripada yang sepatutnya boleh menyebabkan gastrik menyerang.
Dapatkan rawatan lanjut dan juga nasihat doktor andai masalah gastrik anda bertambah teruk.
Baca Juga: Sanggup cerai sampai 3 kali dalam masa setahun sebab nak tukar nama keluarga
Baca Juga: Tak ingat umur tapi hafal al-Quran, ustaz cerita kelebihan remaja Sindrom Down