RM70,000 lesap, duit hasil jualan letak dalam bakul motorsikal diragut, warga emas berputih mata

RM70,000 lesap bergitu sahaja apabila duit yang diletakkan dalam bakul motorsikal diragut oleh seseorang yang tidak dikenali sebelum dimasukkan ke bank.

Seorang warga emas berputih mata selepas wang hasil jualan perniagaan kedai runcitnya berjumlah kira-kira RM70,000 dibawa lari peragut semasa menunggang motosikal di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu Kelantan di sini hari ini.

Mangsa yang berusia 60 tahun yang membawa wang tersebut yang diletakkan di dalam bakul motosikalnya

Kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, mangsa sedang dalam perjalanan ke sebuah bank dengan menunggang sebuah motosikal untuk mendepositkan wang hasil jualan kedai runcitnya berjumlah RM70,000.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 1.50 tengah hari.

Semasa tiba di depan sebuah premis di Jalan Kebun Sultan, sebuah motosikal menghampiri mangsa sebelum meragut sebungkus beg plastik hitam yang mengandungi wang tunai itu dan dua buah telefon bimbit yang diletakkan di dalam bakul motosikalnya.

Berdasarkan keterangan mangsa yang merupakan pemilik perniagaan runcit di Cabang Empat Cherang di sini, suspek disyaki merupakan seorang lelaki dengan ketinggian kira-kira 170 sentimeter dan bertutur dalam dialek Kelantan.

Mohd. Rosdi memberitahu, suspek yang memakai jaket, berseluar dan bertopi keledar warna gelap dikatakan menunggang sebuah motosikal berwarna hijau atau hitam.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun tidak dapat mengecam nombor pendaftaran dan jenis motosikal yang ditunggang suspek.

Sehubungan itu, polis sedang giat menjalankan operasi dalam usaha mengesan dan menangkap suspek.

Baca juga: Isteri penat kerja tiap bulan suami bagi RM100 saja-Serius saya tak reda, semua dia belanja bagi mak dan neneknya