Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo pernah mengejutkan dunia apabila selamba mengalihkan dua botol Coke sebelum memegang sebotol air mineral dan menggesa mereka di hadapannya minum air kosong.
Minuman tinggi gula itu adalah penaja rasmi kejohanan tetapi Ronaldo tetap berpegang dengan prinsipnya dalam soal kesihatan.
Namun, lain pula halnya dengan sekumpulan pemimpin pembangkang ini apabila tular gambar mereka bersama botol minuman Coca-cola.
Foto itu mengundang sindiran warganet memandangkan syarikat itu antara produk yang sedang diboikot ekoran jenayah genosid di Palestin.
Antara ahli politik pembangkang yang kelihatan ialah bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan.
Duduk di meja itu, mereka dilihat sedang berbual dengan beberapa individu dipercayai berketurunan Tionghoa.
Rata-rata warga maya menyindir sikap ahli politik pembangkang yang hipokrit terhadap kempen boikot produk berkaitan Israel sebagai manifestasi membenci kekejaman rejim Zionis terhadap warga Palestin.
Ada yang turut menyindir seorang bekas Ahli Parlimen Pas yang sebelum ini sohor dengan siri artikel ‘Sekali Serban Dililit’.
“Boikot ni masa ana bersama penyokong, sesama kami tak mengapa.
“Sembang kari. Boikot beli. Minum free.
“Tak boleh boikot semua jangan tinggal semua.
“Sekali serban di lilit din pembelit,” perli netizen.
Untuk rekod, syarikat bagi jenama produk yang tertera pada gambar itu beroperasi lebih 88 tahun di negara ini.
Nilai pasaran Coca-Cola pernah mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion) pada 2021 selepas Ronaldo mengalih botol jenama tinggi kandungan gula itu semasa satu sidang media.
Sementara itu di Turki, penjualan produk Coca-Cola dan Nestle dihentikan di restoran kampus, kafeteria, dan kedai teh lantaran sokongan kedua-dua syarikat tersebut terhadap kezaliman Israel di Gaza.
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan pengganas zionis Israel terus meningkat kepada 33,729 individu.
Dalam masa sama, seramai 76,371 mangsa cedera manakala ribuan lagi syahid dan hilang di bawah runtuhan bangunan sejak serangan 7 Oktober tahun lalu.
BACA JUGA Dahsyat kelahi suami isteri sampai gempar KLIA, tak pasal-pasal orang lain kena tembak